Pada 23-25 Oktober 2015 telah diadakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi bertempat di El-Azzhar Camp, Morib Selangor. Kursus ini melibatkan penyertaan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam serta barisan majlis tertinggi Persatuan Pelajar Diploma Muamalat (PPDM) dan Persatuan Pelajar Diploma Pengurusan Halal (PPDPH). Selain itu, kursus ini juga dihadiri oleh Timbala Dekan HEP ACIS, Prof Madya DR Mohd Nor Mamat serta penasihat PPDM, Puan Nor Azrina @ Nor Azura binti Ab. Rahman.
Dalam kursus ini mereka telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
Taaruf dan cermin hati
Denda
Telurku
Susun apa
Mengejar pelangi
Riadah
Mud tracking
Xy files
Itulah antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus yang diadakan sepanjang 3 hari 2 malam. Diharapkan semoga para peserta dapat mengamalkan dan mempraktikkan setiap ilmu yang mereka peroleh untuk kemanfaatan bersama:)


























No comments:
Post a Comment